Categories
SELANGOR

Hebat Abadi “penyelamat” pengurusan sisa pepejal

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 23 DIS : Hebat Abadi Sdn Bhd dilantik sebagai penyelamat rasmi bagi mana-mana syarikat konraktor di Selangor yang gagal menguruskan sisa pepejal dengan baik.

Pengurus Besarnya, Ramli Mohd Tahir, berkata syarikat itu bertanggungjawab mengambil alih tugas di kawasan terlibat seminggu selepas kontraktor asal dipecat.

Hebat Abadi“Kontraktor yang gagal ini diberi notis tamat perkhidmatan dan seminggu selepas itu kita pula menerima arahan untuk mengambil alih kawasan berkenaan.

“Setakat ini sebanyak 21 kawasan berada di bawah penyelenggaraan Hebat Abadi di seluruh Selangor,” katanya kepada Selangor Kini.

Ramli berkata, sehingga kini Hebat Abadi memiliki 80 unit kenderaan untuk menguruskan sisa pepejal di mana 60 daripadanya adalah kompaktor, manakala selebihnya adalah lori.

Antara kawasan di bawah selenggaraan mereka adalah seperti Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Mengulas berkenaan masalah pengurusan sisa pepejal di Selangor, beliau berkata faktor pengalaman dan kseungguhan mendorong kegagalan atau kejayaan sesebuah syarikat.

“Ada banyak faktor yang mempengaruhi, contohnya keupayaan mereka sama ada benar-benar serius dalam industri ini atau tidak.

“Selain itu, harga dibayar kepada kontraktor juga perlu setimpal supaya tidak jadi kes sambil lewa dan menyebabkan masalah sampah tidak selesai,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.