Categories
SELANGOR

Kekerapan perkhidmatan bas ke PPAS perlu ditambah

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 3 NOV: Syarikat perkhidmatan bas disaran memberikan kerjasama menambah perkhidmatan laluan bagi kemudahan dan keselamatan awam ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Pengarah PPAS, Mastura Muhamad, berkata permohonan kepada syarikat bas untuk masuk ke laluan PPAS pernah diutarakan tetapi sehingga kita masih tiada perkembangan.

PPAS“Kita bimbang kepada pengunjung yang kebanyakkannya adalah pelajar-universiti yang tiada pengangkutan dan ada yang terpaksa pulang berjalan kaki keluar dengan jalan yang gelap dan sunyi.

“Syarikat bas tidak perlu risau tentang ketiadaan penumpang kerana untuk tahun ini sahaja sehingga Ogos kita menerima lebih dari 1,444 pengunjung ke PPAS,” katanya.

Katanya, pengunjung yang hadir bukan hanya penduduk di Shah Alam, malahan daripada pelajar Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pelajar master dan ramai lagi.

Selain itu, pertimbangan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menyediakan perkhidmatan bas disaran untuk keselesaan masyarakat khususnya penduduk Shah Alam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.