Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri-SHRDC komited tingkat kemahiran belia

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 17 DIS: Kerajaan Negeri dengan kerjasama Selangor Human Resource Development Center (SHRDC) melancarkan program Youth Enhancement Strategy (YES) Selangor dalam usaha memantapkan kemahiran belia Selangor.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata 31 belia lepasan SPM kebanyakkannya mengikuti dua program baru iaitu BocHill Cert in Engineering dan Solar PV Installer.

yes 1“Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2 juta untuk membiayai lebih 120 belia yang menyertai pembelajaran kemahiran di SHRDC .

“Mereka diberi latihan kemahiran selama enam bulan serta elaun RM300 setiap bulan.

Mereka juga diberi peluang pekerjaan selepas tamat tempoh pembelajaran,” katanya ketika Majlis tandatangan perjanjian persefahama (MOU) bersama SHRDC di bangunan Worldwide, di sini, hari ini.

Difahamkan Kerajaan Negeri melancarkan program bersama Belia YES Selangor dalam Intership for High Impact Talent (i-HIT) pada pertengahan tahun ini.

Program itu turut mendapat kerjasama dengan Universiti Selangor (UNISEL) iaitu 41 pelajar dilatih dalam sektor Big Data Analystics, 26 dalam bidang Cloud Computing Infrastruktur serta 16 yang lain dalam bidang LabVIEW Automation Systems.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.