Categories
SELANGOR

i-HIT dan YES tingkat bakat belia

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 18 DIS: Komitmen Kerajaan Negeri membantu belia mengasah bakat dan kebolehan melalui program Internship High Impact Talent (i-HIT) serta Youth Youth Enhancement Strategy (YES) Selangor dengan kerjasama erat Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) membolehkan golongan itu bergerak ke hadapan seiring pembangunan semasa.

Usaha itu akan mempertingkatkan lagi kemahiran anak muda Selangor dan dapat menyokong pertumbuhan ekonomi yang rancak juga maju.

voxpop jurulatihTenaga pengajar, Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata mereka diajar pelbagai subjek dan bergantung program yang dipilih daripada segi pembuatan.

“Selama tiga bulan pelajar akan diajar cara pembuatan yang betul dan mengikut masa terpantas.

“Selama tiga bulan sesi pembelajaran dan bakinya akan praktikal di kilang agensi sebelum diserap masuk menjadi pekerja tetap,” katanya

IMG_2717Pelajar, Sharifah Rashida Rosli, 19, mengakui sememangnya minat dalam bidang kemahiran dan praktikal berbanding terori.

“Saya rasa peluang ini patut diambil anak muda lepasan SPM kerana selepas tamat pengajian kita akan diberi peluang pekerjaan di syarikat terpilih.

“Pelatih juga diberi elaun RM300 sebulan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Shahril Jamaludin, 17, berkata dia memasuki YES sejurus tamat SPM.

“Peluang itu patut diambil anak muda kerana di sini saya diberi peluang menimba ilmu, pengalaman dan mendapat kawan baru, di samping tidak membazirkan masa dengan perkaratidak berfaedah.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri-SHRDC komited tingkat kemahiran belia

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 17 DIS: Kerajaan Negeri dengan kerjasama Selangor Human Resource Development Center (SHRDC) melancarkan program Youth Enhancement Strategy (YES) Selangor dalam usaha memantapkan kemahiran belia Selangor.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata 31 belia lepasan SPM kebanyakkannya mengikuti dua program baru iaitu BocHill Cert in Engineering dan Solar PV Installer.

yes 1“Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2 juta untuk membiayai lebih 120 belia yang menyertai pembelajaran kemahiran di SHRDC .

“Mereka diberi latihan kemahiran selama enam bulan serta elaun RM300 setiap bulan.

Mereka juga diberi peluang pekerjaan selepas tamat tempoh pembelajaran,” katanya ketika Majlis tandatangan perjanjian persefahama (MOU) bersama SHRDC di bangunan Worldwide, di sini, hari ini.

Difahamkan Kerajaan Negeri melancarkan program bersama Belia YES Selangor dalam Intership for High Impact Talent (i-HIT) pada pertengahan tahun ini.

Program itu turut mendapat kerjasama dengan Universiti Selangor (UNISEL) iaitu 41 pelajar dilatih dalam sektor Big Data Analystics, 26 dalam bidang Cloud Computing Infrastruktur serta 16 yang lain dalam bidang LabVIEW Automation Systems.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Hantar lepasan SPM ke YES tingkat kemahiran

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 SEP: Ibu bapa digalakkan menghantar anak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai program Youth Enhancement Strategy (YES) kendalian Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) bagi melahirkan lebih banyak bakat baru dalam sektor perindustrian berkemahiran tinggi.

Pengarah Eksekutif SHRDC, Tan Beng Teong, berkata latihan teknikal dan pendidikan vokasional (TVET) penting untuk memacu negara mencapai status maju dan Selangor selaku pemain industri utama perlu kehadapan dan memperkasakan sistem ini.

“Kita seharusnya membangunkan tenaga kerja yang sudah bekerja atau bakal memasuki pasaran kerja dengan kemahiran serta kebolehan yang diperlukan industri berimpak tinggi.

SHRDC-Logo(1)“SHRDC berharap ibu bapa mempertimbangkan TVET sebagai satu pilihan untuk anak-anak mereka dalam membangunkan tenaga kerja berdaya saing.

“Pada hari ini dan seterusnya, tenaga kerja yang berdaya saing mempunyai peluang yang sama atau mungkin lebih serta mampu menyayingi graduan lepasan akademik,” katanya.

Jelasnya, memiliki ijazah atau sijil akademik yang tinggi bukan satu jaminan untuk menerima pendapatan besar pada masa kini.

“Saya bagi contoh seorang tukang paip mahir. Dia datang kalau tiada kerja caj RM50. Kalau selesai kerja baik pulih dia boleh jana hampir RM200 hingga RM300 sehari,” katanya.

Menerusi program YES, SHRDC menyediakan program kursus teknologi pembuatan plastik dengan syarat kelayakan warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 24 tahun dan lepasan SPM (minimum lulus tiga mata pelajaran).

Tempoh latihan berlangsung selama enam bulan merangkumi tiga bulan latihan formal (kelas dan makmal) dan tiga bulan latihan sambil bekerja (OJT) dengan persijilan Certificate II in Engineering dari Box Hill TAFE, Australia.

Ibu bapa yang berminat boleh menghubungi SHRDC di talian 03-5513 3560 atau melayari laman sesawang www.shrdc.org.my.

EZY