Categories
SELANGOR

Keterbukaan UNISEL anjur forum Rafizi dan Noh Omar dipuji

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 DIS: Penganjuran forum dan bual bicara di Universiti Selangor (UNISEL) sentiasa digalakkan untuk menunjukkan keterbukaan dan kelainan institusi pengajian tinggi di negeri itu.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pihaknya merakamkan penghargaan tahniah di atas insiatif digerakkan mahasiswa universiti itu bagi menganjurkan program berkenaan.

wawasan 2020 1“Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan forum seperti itu diadakan dan semoga lebih banyak lagi boleh diadakan untuk menunjukkan keterbukaan dan kelainan UNISEL sebagai institusi pengajian tinggi di Selangor,” katanya dalam majlis forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020 #Mampukah Kita? di sini, semalam.

Forum terbabit menampilkan Moderator, Mohd Naim Saiful Bahari bersama panelis, Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli dan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Ia dianjurkan Overseas Academic Tour Club Unisel.

Nik Nazmi mengakhiri ucapan dengan sebuah puisi hasil nukilan sasterawan Indonesia, Taufiq Ismail berjudul Takut 66, Takut 98 yang sarat pengertian.

“Mahasiswa takut pada dosen, Dosen takut pada dekan, Dekan takut pada rektor.

“Rektor takut pada menteri, Menteri takut pada presiden, Presiden takut pada mahasiswa,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.