Categories
NASIONAL

Wawasan 2020 sukar dicapai

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 DIS: Wawasan 2020 diperkenalkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1991 sukar dicapai berdasarkan situasi semasa negara ketika ini.

Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata pencapaian ekonomi yang merosot dalam tempoh 15 tahun hingga masa ini selepas ia direncanakan memberi gambaran bahawa apa disasarkan kian menyimpang.

wawasan2020Katanya, sasaran ditetapkan kerajaan Barisan Nasional (BN) berkembang pada tahap tujuh peratus setiap tahun tidak pernah dipenuhi.

“Daripada 2000 hingga 2015, kita sudah ada tiga rancangan Malaysia dan terbaharu 2016 hingga 2020 Rancangan Malaysia ke-11. Tiada satu rancangan Malaysia pun dalam tempoh 15 tahun yang mana sasaran itu dicapai.

“Kalau dibanding dengan sasaran Wawasan 2020, dengan tujuh peratus setiap tahun tidak pernah dicapai, lima tahun akan datang saya rasa agak mustahil untuk dicapai atas pencapaian angka ekonomi.

“Saya boleh jawab agak mustahil untuk kita mencapai sasaran ekonomi Wawasan 2020,” katanya.

wawasan 2020 1Beliau berkata demikian selaku panelis dalam Forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020 #Mampukah Kita? anjuran Overseas Academic Tour Club Universiti Selangor (Unisel) di sini, semalam.

Majlis terbabit juga menampilkan panelis, Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Moderator, Mohd Naim Saiful Bahari.

Dari segi dari pencapaian pendidikan, beliau berkata, Malaysia satu ketika dahulu menghampiri rapat Korea Selatan kini ketinggalan jauh dibandingkan dengan Vietnam pada kedudukan kelapan di dunia.

Katanya, begitu juga ukuran hubungan masyarakat masa kini dan perlu diakui menjadi semakin retak berbanding dengan 10 atau 15 tahun lalu.

“Begitu juga berkaitan persepsi rakyat mengenai masa depan negara, golongan muda kini sudah tentu tidak berasa yakin dengan masa depan berbanding saya ketika remaja dahulu ketika Wawasan 2020 mula diperkenalkan.

“Kalau dilihat begitu bagi saya tidak lagi penting pun untuk menjawab soalan boleh atau tidak untuk mencapai Wawasan 2020 kerana kita semua tahu ia tidak akan tercapai,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, apa yang penting rakyat Malaysia harus merencana kembali sasaran inggin dicapai untuk 30 atau 40 tahun akan datang melalui situasi buruk dihadapi masa kini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.