Categories
SELANGOR

Kontraktor sampah gagal capai KPI 90% akan diberhentikan

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 DIS: Sebanyak enam kawasan panas di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) diawasi pemantau persendirian bagi mengekang aktiviti pembuangan sampah, bermula Februari tahun depan.

Yang DiPertuanya, Datuk Mohd Yasid Bidin, berkata enam kawasan pilot projek itu akan dipantau 24 jam.

Yasid Bidin SMUE ijok 01Katanya, ia membabitkan dua kawasan di Sri Andalas, dua di Pendamaran, Meru dan Pulau Indah.

“Kita mempunyai pembaharuan bagi kontraktor kutipan sampah. Jika mendapat kurang daripada 90 peratus, ia akan diberhentikan.

“Setakat ini, enam kontraktor diberhentikan. Tindakan tegas ini akan mampu menjadikan MPK lebih bersih,” katanya kepada pemberita.

Yasid meminta semua pihak memberikan masa dua hingga tiga bulan untuk beliau mengatur semula strategi pengurusan sampah MPK.

“Kita juga bercadang untuk membuat persempadanan semula dia kawasan terbabit contohnya Sri Andalas, kita sudah pecahkan kepada dua bahagian.

“Ini kita akan lihat berapakah peruntukkan yang akan diguna pakai,” katanya.

Beliau berkata MPK juga akan menambah kekerapan kutipan sampah di semua kawasan.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.