Categories
SELANGOR

MPK perindah kawasan sambut hari Keputeraan Sultan Selangor

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) giat melakukan persiapan menyambut Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor di kawasan pentadbirannya.

Yang DiPertuanya, Datuk Mohd Yasid Bidin, berkata persiapan itu membabitkan kebersihan dan pencerahan cahaya.

Yasid Bidin SMUE ijok 01“MPK giat membersihkan kawasan dan kita juga menambah beberapa lampu bagi keceriaan di sekitar kawasan istana.

“Baru-baru ini kita menerima peruntukan kira-kira RM390,000 dari Kerajaan Negeri untuk kerja pemasangan lampu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Yasid berkata MPK meminta penduduk menaikkan bendera negeri di setiap kediaman dan lampu.

Katanya, pihaknya juga sudah menghantar surat makluman kepada premis-premis supaya menjaga kebersihan dan pencahayaan kawasan masing-masing.

SULTAN SELANGOR“Sebanyak 10 kawasan dari Shah Alam ke Klang sudah dipasang billboard ucapan dan jumlah itu dijangka akan bertambah.

“Kita juga mendapat usahasama dari syarikat swasta antaranya dari GM, Sime Darby dan SP Setia,” katanya.

Beliau memaklumkan jamuan teh DiRaja akan diadakan pada Jumaat (11 Disember) pada sebelah petang di Padang Mahkota Istana Klang.

Manakala pengurniaan pingat dan perbarisan pada keesokknya (12 Disember).

“Jika tahun lepas kita buat selepas pengurniaan pingat. Namun, kali ini kita lakukan sebelum pengurniaan pingat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.