Categories
SELANGOR

LZS perluas agihan selesai isu pendidikan, kesihatan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 7 DIS: Selain membasmi kemiskinan melalui modal insan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertanggungjawab memperluaskan agihan untuk menyelesaikan isu kritikal khususnya pendidikan dan kesihatan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata setakat ini LZS melantik 120 panel doktor untuk melihat keperluan rawatan dialisis di Selangor dengan kos lebih RM5 juta.

Azmin“Dalam bidang kesihatan, keperluan kepada pusat dialisis di setiap daerah dan bandar kecil adalah mendesak.

“Selain itu, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa menghadapi tekanan kewangan untuk menghantar mereka ke pusat terapi.

“Pusat terapi sedia ada memerlukan suntikan kewangan untuk menambah peralatan dan pakar terapi yang termasuk dalam memenuhi maksud Maqasid al-Syar’iah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Kakitangan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak, hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, meskipun taraf pendidikan di Malaysia baik berbanding negara Islam lain, namun kadar pengangguran tinggi membuktikan ia memerlukan reformasi menyeluruh.

Katanya, ia bagi memastikan graduan berupaya mencipta pekerjaan dan tidak hanya bergantung kepada sikap lama yang semata-mata mencari pekerjaan.

“Latihan kemahiran dan keusahawanan perlu menjadi fokus kita untuk mengupayakan umat Islam dalam persaingan semakin mencabar dan perlu dirombak menyeluruh untuk kesejahteraan ummah,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.