Categories
SELANGOR

MB: Red Giants bakal terima imbuhan istimewa

Oleh: HAFIZAN TAIB

KLANG, 17 DIS: Pasukan bola sepak Selangor dijangka menerima imbuhan istimewa daripada Kerajaan Negeri ekoran kejayaan menjuarai Piala Malaysia, pada 12 Disember lalu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perbincangan bagi tujuan itu memang diadakan dan pengumuman akan dilakukan apabila tiba masanya.

3“Ada kita bincangkan dan akan umumkan pada masa sesuai,” katanya di sini, semalam.

Selangor mengalahkan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir bagi melengkapkan Misi 33 dan mengakhiri penantian 10 tahun untuk menjuarai piala keagungan bola sepak tanahair itu.

Kejayaan itu dianggap manis kerana Red Giants tidak dilabelkan sebagai pasukan pilihan untuk mara ke peringkat akhir.

Baru-baru ini, Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian imbuhan RM15,000 untuk setiap pemain utama pasukan bola sepak negeri itu yang muncul naib juara piala berkenaan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.