Categories
SELANGOR

Tambahan RM150 juta atasi banjir kilat 2016

Oleh: HAFIZAN TAIB

KLANG, 17 DIS: Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan RM150 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor bagi menangani masalah banjir kilat, tahun hadapan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata RM80 juta diperuntukkan bagi tujuan pembangunan penepatan, manakala RM70 juta untuk kerja penyelenggaraan kolam takungan.

Katanya, Kerajaan Negeri memandang serius kejadian banjir kilat yang berlaku dan JPS diberikan tanggungjawab besar untuk program pemulihan itu bagi menyelesaikannya.

MB lawat kawasan banjir 2015 Meru (5)“Kita sudah meningkatkan belanjawan untuk JPS daripada RM47 juta kepada RM80 juta tahun hadapan untuk tujuan itu ekoran masalah peruntukan terbatas sebelum ini.

“Isu penyelenggaraan kolam takungan di seluruh Selangor antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan JPS juga diatasi dengan Kerajaan Negeri menyerahkannya kepada JPS menerusi peruntukan tambahan RM70 juta,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, walaupun banjir berlaku di Selangor tidak seburuk kejadian di negeri lain tetapi ia memberi kesan buruk kepada ekonomi negeri dan menimbulkan kepayahan kepada rakyat.

Katanya, Kerajaan Negeri mengambil tindakan proaktif untuk mengatasinya di kebanyakan kawasan ditimpa masalah itu.

banjir“Kita jalankan projek penambahbaikan sistem saliran di Meru, kerja menaikkan benteng kolam takungan di Tol Bukit Jelutong, membina kolam takungan di Stadium Shah Alam dengan kos RM10 juta dan Alam Perdana (RM2.8 juta).

“Kita lakukan projek pembesaran Sungai Jelok di Kajang membabitkan kos RM5 juta awal tahun ini dan kini banjir tidak berulang lagi di sana. Program sama juga berlaku di daerah lain seperti Sepang, Sementa dan Kuala Selangor,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, semua itu adalah usaha dan tumpuan khusus Kerajaan Negeri dengan kerjasama PBT serta JPS bagi mengatasi masalah banjir di Selangor.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.