Categories
SUKANKINI

Pemain bola sepak disaran sambung pelajaran demi masa depan

SHAH ALAM 12 OKT: Pemain bola sepak disaran menggunakan masa terluang untuk meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan yang boleh menjamin masa depan mereka.

Bekas Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic berkata ,pemain boleh melihat serta mengikut jejak langkah jurulatih Arsenal, Arsene Wenger yang mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi daripada University of Strasbourg; Steve Coppell, Glen Johnson dan Clark Carlisle.

Beliau berkata demikian sempena majlis pelancaran dan memorandum persefahaman (MOU) antara Mehmet Football Academy (MFA) dan Universiti Selangor (UNISEL) pada 10 Oktober lalu.

“Saya ingin melahirkan pemain bola sepak yang bijak dan mempunyai masa depan cemerlang selepas karier di padang berakhir,” katanya.

Durakovic merintis jalan untuk melahirkan lebih ramai pemain bola sepak bijak dan mempunyai latar belakang pendidikan cemerlang dengan membuka akademi MFA dengan kerjasama UNISEL.

Durakovic yang pernah memimpin pasukan Selangor meraih pelbagai kemenangan termasuk juara Piala Malaysia tiga kali berturut-turut sejak 1995 menjelaskan idea menubuhkan MFA bertujuan memperjuangkan masa depan pemain bola sepak.

“Sering kali anda dengar pemain melarat selepas karier bola sepak mereka berakhir. Jadi saya tubuhkan akademi ini untuk memastikan pemain bola sepak mempunyai sekurang-kurangnya diploma,” katanya.

Pemain yang terpilih akan melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Industri Sukan (Pengurusan Bola Sepak) di UNISEL selama tiga tahun.

“Pemain bola sepak sebenarnya banyak masa lapang. Mereka hanya mula berlatih pada sebelah petang,”

“Jadi apa salahnya kalau mereka menyambung pengajian dalam bidang diploma atau ijazah yang boleh digunakan selepas karier bola sepak sudah berakhirnya,” kata bekas pemain lagenda Selangor.

=EZY=

 

Categories
SELANGOR

Mehmed: Hadiah bermakna buat Sultan Selangor

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 DIS: Kejayaan Selangor menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33 adalah hadiah paling bermakna sempena Hari Keputeraan ke-70, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Jurulatih Selangor, Mehmed Durakovic, berkata pasukannya bermain baik seperti diarahkan dan beliau nyata gembira dapat merealisasikan Misi 33.

Mehmet“Satu perasaan yang hebat malam ini. Selangor sudah menanti hampir 10 tahun untuk memenanginya.

“Sebagai bekas pemain dan jurulatih, kemenangan ini umpama mimpi jadi nyata,” katanya.

Durakovic antara tonggak pertahanan Selangor ketika menjulang Piala Malaysia pada tahun 1995.

Kali terakhir Selangor menjulang piala keramat itu pada 2005 selepas menewaskan Perlis 3-0.

Ketika ditanya perancangan seterusnya, pengendali berasal dari Montenegro itu berkata buat masa ini mereka hanya ingin menikmati detik indah menjuarai Piala Malaysia.

Dalam perlawanan akhir, Selangor menewaskan Kedah 2-0 hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-3 dan 47.

Beraksi di Stadium Shah Alam, skuad Red Giants membuktikan kemampuan mereka di hadapan hampir 75,000 penonton walaupun terpaksa beraksi dalam cuaca hujan.

-NFN-

Red Giant pamer aksi hebat


Mehmet Durakovic : Selangor pamer aksi mengkagumkan untuk layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia

Selangor bertemu Kedah di pentas akhir Piala Malaysia

Selangor bertemu Kedah di pentas akhir Piala Malaysia. Misi 33 Selangor semakin menjadi kenyataan.

Categories
SELANGOR

Red Giants rancang bertemu pasukan antarabangsa mantapkan strategi

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 OKT: Pasukan Red Giants sedang meneliti untuk mengatur perlawanan persahabatan dengan pasukan luar negara dalam usaha memantapkan pasukan itu.

Pengurusnya, Amirudin Shari, berkata pihaknya sedang merancang beberapa strategi untuk menghadapi saingan musim depan.

RED GIANTS“Kita mempunyai beberapa perancangan. Ketika ini saya giat merancang langkah sebagai persediaan.

“Antaranya, jika kita tidak pergi ke luar negara, kita menjemput pasukan berkualiti dari luar negara untuk persediaan pra musim,” katanya kepada Selangor Kini.

Amirudin berkata rancangan itu masih dalam perbincangan dengan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan bakal dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, Amirudin berazam membawa pasukan bola sepak negeri ke tahap membanggakan musim hadapan.

Skuad Merah Kuning kendalian Mehmet Durakovic disandarkan harapan besar untuk mengembalikan kegemilangan Red Giants yang kurang menyengat berbanding lakaran sejarah panjangnya sebelum ini.

EZY