Categories
SELANGOR

Mehmet: Kemenangan Gergasi Merah hadiah buat Sultan Selangor

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 DIS: Mehmet Durakovic menaruh harapan tinggi supaya Selangor muncul juara Piala Malaysia kali ini untuk dihadiahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyambut hari keputeraannya hari ini.

Bagi pengendali Gergasi Merah, tiada yang lebih bermakna selain daripada menjuarai piala keagungan bola sepak tempatan itu untuk dipersembahkan kepada baginda.

Mehmet“Sudah tentu kita akan berusaha untuk kemenangan dan menjuarai Piala Malaysia untuk dihadiahkan kepada Tuanku yang menyambut keputeraan hari ini.

“Tidak hanya baginda tetapi untuk semua iaitu pemain, penyokong, keluarga serta semua yang terbabit untuk Red Giants,” katanya dalam sidang media di Stadium Shah Alam, hari ini.

Mehmet mengakui ingin muncul juara bersama Selangor sebagai jurulatih seperti mana dikecapinya ketika bertindak selaku pemain pada 1995, 1996 dan 1997.

Katanya, keluarganya sendiri berada di sini untuk menikmati saat itu dan mengharapkan ia menjadi kenyataan.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.