Categories
SELANGOR

Piala Malaysia: Selangor teruja, Kedah bersedia

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 DIS: Semua pemain Selangor teruja untuk beraksi pada perlawanan akhir berdepan Kedah dalam Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam, esok.

Ketua pasukan Selangor, Shahrum Kalam, berkata biarpun beraksi buat kali pertama dalam perlawanan terbabit tetapi tiada sebarang tekanan dirasai kerana sasaran hanya untuk memberikan segala yang terbaik untuk mencapai misi 33.

FASlogo“Saya dan semua pemain lain juga teruja kerana dapat bermain dalam perlawanan ini untuk kali pertama.

“Tiada tekanan dirasakan setakat ini kerana tumpuan hanya untuk menghadapinya,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Shahrum berkata, pemain sudah bersedia melayani cabaran Kedah yang dijangka hebat berikutan dibarisi pemain tempatan dan import berkualiti.

Bagaimanapun, katanya, Red Giants akan bermain secara berpasukan dan memperkemaskan permainan dalam mengawal Kedah secara keseluruhan kerana semua pemainnya merbahaya.

Ketua pasukan Helang Merah, Khairul Helmi Johari berkata, pasukannya sudah bersedia untuk aksi akhir itu dengan mengatasi beberapa kelemahan dialami.

Kedah_FA“Kita menitik berat permainan di bahagian pertahanan bila berdepan Selangor kerana kita akan mengelak dibolosi seperti mana diharungi dalam perlawanan sebelum ini.

“Kehadiran Tan Cheng Hoe (jurulatih) juga akan menaikkan semangat kita untuk perlawanan ini dan tentunya untuk menjuarai Piala Malaysia kali ini,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.