Categories
SELANGOR

PAS Selangor konsisten bela rakyat

Oleh: AFIX RERDZUAN

SHAH ALAM, 3 DIS: PAS Selangor menyifatkan desakan kumpulan tertentu yang mahu mereka keluar daripada pentadbiran Kerajaan Negeri sebenarnya cemburu dengan kejayaan parti itu dalam kerajaan.

Selaku Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata beliau gembira langkah Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang meluluskan peruntukan untuk membina dua Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) tahun hadapan.

yb iskandar 1“Alhamdulillah perjuangan PAS untuk melihat lebih banyak Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) di Selangor menjadi kenyataan.

“Terima kasih kepada MB yang umumkan pada ucapan Belanjawan pembinaan dua MITS di Pandan dan Bagan Lalang dengan peruntukan RM53 juta.

“Inilah di antara sebabnya kenapa PAS terus berada di dalam kerajaan,” katanya menerusi laman sosial Facebook.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya negeri berkata, PAS konsisten untuk terus memastikan Islam terbela serta menyuburkan dakwah dan bukan kerana jawatan atau wang ringgit.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak wakil PAS dalam Kerajaan Negeri digugurkan susulan pembentukan Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat.

Namun, usaha itu gagal susulan pendirian PAS yang terus komited melaksanakan dasar Kerajaan Negeri seperti yang dipersetujui dalam manifesto PRU-13.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.