Categories
SELANGOR

Red Giants ikat Tok Gajah 0-0 walau ‘diserang’ hebat

SHAH ALAM 3 DIS: Kejayaan Red Giants mengikat Pahang, 0-0, pada saingan separuh akhir Piala Malaysia ternyata menggembirakan Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic.

“Saya gembira dengan keputusan ini,” katanya selepas perlawanan malam tadi.

“Saya harap pemain akan membuktikan prestasi lebih baik di Shah Alam, Ahad ini,” katanya dipetik BH Online.

selangor fa 1Durakovic berkata kejayaan anak buahnya mengekang skuad Tok Gajah berpunca daripada kemampuan mereka menyerap tekanan sepanjang saingan.

“Tuan rumah memiliki banyak peluang untuk jaring gol, namun keberkesanan barisan benteng berjaya mengekang usaha lawan itu.

Kita berharap selepas ini, semua aspek dipertingkatkan lagi bagi memastikan tempat ke final nanti,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.