Categories
SELANGOR

Peluang Red Giants ke akhir masih cerah

Oleh: AFIX RERDZUAN

SHAH ALAM, 3 DIS: Pengurus The Red Giants, Amirudin Shari menganggap pertarungan separuh akhir Piala Malaysia masih terbuka meskipun Selangor berjaya mengikat Pahang tanpa jaringan di Stadium Darul Makmur semalam.

Meskipun sudah menjangkakan tentangan sengit yang diberikan Pahang selaku tuan rumah, beliau mengakui kegagalan Selangor menjaringkan gol di tempat lawan juga merugikan.

FA SEL“Kita dapat kekang pasukan Pahang walaupun diasak bertubi-tubi dan memang kita jangkakan mereka mahu mendapatkan gol sebanyak mungkin.

“Tapi agak malang buat kita kerana gagal menjaringkan gol di tempat lawan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau mengingatkan pemain supaya mengekang Pahang mencetak gol seperti yang dilakukan semalam dan kelebihan bermain di Shah Alam perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Meskipun keputusan seri dengan jaringan gol mampu memusnahkan harapan Selangor namun beliau optimis pemain akan cuba sedaya upaya memenuhi hasrat rakyat untuk melangkah ke final bagi merealisasikan ‘Misi 33’.

Satu lagi pertembungan separuh akhir antara Felda United dan Kedah turut mencatatkan keputusan seri 2-2.

Dengan keputusan itu Kedah membawa bekalan selesa dengan dua jaringan di tempat lawan ke Darul Aman.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.