Categories
SELANGOR

Professor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman Naib Canselor UNISEL ke-7

Shah Alam, 31 DIS: Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pelantikan Professor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) yang ke-7, berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pelantikan itu dibuat Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS Sdn Bhd selepas mendapat syor daripada Jawatankuasa Gelintar (Search Committee) yang dianggotai wakil kerajaan negeri, wakil akademik UNISEL dan luar serta pihak industri.

State assemblyman for Seri Setia and Deputy Speaker of the Selangor state assembly, Nik Nazmi Nik Ahmad arrives at the Court of Appeal in Putrajaya on April 25, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

“Pengalaman Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan yang cukup luas di dalam bidang pendidikan, serta kecemerlangan dan rekod kepimpinan beliau pasti akan memberi manfaat yang baik kepada universiti di dalam usaha memperkasakan lagi UNISEL dan menempatkan ia bersama universiti terbaik di dalam dan di luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah daripada Universiti Malaya (1981), ijazah sarjana daripada University of London, United Kingdom (1987) dan ijazah kedoktoran falsafah daripada Edinburgh University, United Kingdom (1994) dengan pengkhususan di dalam bidang Sejarah.

Beliau berkecimpung di dalam bidang akademik selama lebih 30 tahun dan menyandang pelbagai jawatan termasuk Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) pada tahun 2014 selain Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan.

Professor Datuk Dr Mohammad Redzuan OthmanProf. Datuk Dr Mohammad Redzuan menggantikan Professor Dr Anuar Ahmad, Naib Canselor UNISEL yang Ke-6, yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 15 Disember 2015.

Prof. Dr Anuar menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar UNISEL pada tahun 2007 apabila dilantik sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan dan seterusnya Timbalan Naib Canselor (Akademik) pada tahun 2008. Pada tahun 2012 beliau telah dilantik sebagai Presiden dan Naib Canselor universiti.

Di bawah penyeliaan beliau, UNISEL berjaya dinaiktaraf kepada universiti Tier 5 Cemerlang, oleh sistem penarafan Institut Pengajian Tinggi Malaysia, SETARA, pada akhir 2014.

“Kerajaan Selangor ingin menyampaikan sekalung penghargaan kepada Prof. Dr Anuar di atas jasa beliau sepanjang perkhidmatan bersama universiti, dan seterusnya mengucapkan tahniah kepada Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan di atas perlantikan sebagai Naib Canselor UNISEL,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.