Categories
SELANGOR

Red Giant menang, hadiah bermakna buat Keputeraan Sultan Selangor

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 10 DIS: Selangor diyakini berpeluang cerah menjuarai Piala Malaysia di Stadium Shah Alam 12 Disember ini.

Beraksi di gelanggang sendiri menentang juara Liga Perdana 2015, Kedah dianggap peluang terbaik bagi merealisasikan misi 33 seterusnya menebus kehampaan ditewaskan pasukan sama pada 2008.

Red Giants dijangka turun penuh bersemangat pada aksi akhir itu tambahan bertepatan dengan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-70 pada esok (11 Disember).

Adun Dusun Tua, Razaly Hassan, berkata ia adalah peluang terbaik bagi Selangor muncul juara dan kemenangan dicipta tentu membanggakan dan hadiah penuh makna buat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Razaly“Ia pasti menaikkan semangat pasukan dan pemain bagi menghadiahkan kemenangan ini kepada Tuanku. Saya yakin Selangor mampu melakukannya untuk muncul juara buat kali ke 33.

“Bukan terlalu yakin tetapi dengan prestasi Selangor ketika ini, tidak mustahil kita mampu mengalahkan Kedah,” katanya yang meramalkan Selangor menang 2 – 0.

Pendapat sama dikongsi Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, yang merasakan pasukan Merah Kuning boleh menundukkan Helang Merah 2 – 1.

Katanya, Selangor memilik kelebihan kerana venue untuk aksi akhir itu adalah gelanggang rasmi pasukan terbabit.

ngsueelim“Saya cukup yakin Selangor kali ini dapat merangkul kejuaraan Piala Malaysia dan kita doakan mereka dapat bermain dengan semangat berpasukan dan strategi tersusun untuk meraih kemenangan penuh makna ini.

“Ia pasti hadiah ditunggu DYMM Sultan Selangor sekiranya Red Giants berjaya muncul juara,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.