Categories
SELANGOR

Sultan Selangor berkenan terima air doa selamat sempena hari keputeraan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 10 DIS: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat sempena hari keputeraan baginda ke-70.

DYMM AIR SELAMAT 1Istiadat itu disempurnakan adinda Sultan Selangor, Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah dengan menyembahkan kepada Sultan Sharafuddin di Balairong Istana Bukit Kayangan.

Upacara penuh istiadat itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Datuk Noordin Sulaiman.

Hadir sama, Exco Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Daroyah Alwi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Amirudin Shari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.