Categories
SELANGOR

Selangor yakin misi 33 tercapai

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 7 DIS: Red Giants perlu meningkatkan prestasi untuk menghadapi cabaran hebat Kedah dalam aksi akhir Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam, 12 Disember ini.

Pengurus Selangor, Amirudin Shari, berkata segala tumpuan kini kepada perlawanan penting itu dan pasukannya akan membuat persiapan rapi mencapai sasaran bergelar juara.

AMIRUDIN“Segala tumpuan kita sekarang ialah untuk perlawanan akhir dan fokus untuk memenanginya ke atas pasukan Kedah yang tidak kita temui sebelum ini.

“Kejayaan kali ini amat bermakna untuk kita mencapai misi 33,” katanya dalam sidang media di sini, malam tadi.

Red Giants layak ke akhir dengan agregat 2 – 0 selepas mengalahkan juara bertahan, Pahang, melalui keputusan sama dalam perlawanan separuh akhir kedua di sini.

“Kedah adalah pasukan bagus dengan mempunyai pemain tempatan dan import berkualiti.

“Maka Selangor perlu bekerja keras dan bermain sebagai satu pasukan seperti mana dipamerkan sebelum ini,” katanya.

Exco Kerajaan Negeri itu berkata, keyakinan terhadap pasukannya begitu tinggi ketika ini dan beliau percaya jurulatih, Mehmet Durokovic bersama petugas serta semua pemain akan terus memberikan kerjasama bagi mecipta kegemilangan diimpikan.

CVjQhcNUkAAQ6Ha“Kejayaan Selangor tahun ini kerana berjaya mengekalkan semangat berpasukan dalam pasukan ini.

“Itulah nilai ditekan Mehmet dalam setiap sesi latihan dan perbincangan kepada pemain,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.