Categories
SELANGOR

SYABAS baik pulih paip pecah di Gombak

KUALA LUMPUR, 4 DIS : Kerja membaik pulih paip pecah berhampiran Wisma Ecovest, Jalan Gombak, Setapak sedang giat dilaksanakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata kejadian paip pecah itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul tiga petang tadi.

syabass“Kerja pembaikan segera sedang dilaksanakan untuk mengurangkan kesulitan kepada pengguna premis dan pengguna jalan raya dan dijangka siap pada pukul 12 tengah malam hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Antara kawasan terlibat adalah Batu 3 dan 4 Gombak, Diamond Square, Taman P. Ramlee, Jalan Selamat, Jalan Ria, Jalan Sentosa, Jalan Sempurna, Jalan Air Panas dan Jalan Genting Klang.

Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai kerja pembaikan itu boleh menghubungi SYABAS melalui aplikasi telefon pintar mySYABAS dan www.syabas.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published.