Categories
SELANGOR

Teroka sumber hasil baharu berdepan cabar ekonomi getir

Oleh : NORHAYATI UMOR

KLANG, 11 DIS: Kerajaan Negeri dinasihatkan mencari sumber lain bagi menambahkan hasil ekoran tiada projek baru perumahan berskala besar diluluskan berbeza dengan tahun sebelumnya.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata hal itu kerana tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar bakal dihadapi.

Katanya, kelembapan ekonomi dunia mula dirasai rakyat Selangor akibat dari ketidakstabilan mata wang Ringgit, penurunan harga minyak dan kenaikan harga barang pengguna.

khusrin“Pasaran hartanah Selangor menerima tempiasnya dengan pemaju perumahan mula mengalami kesukaran menjual rumah berharga tinggi.

“Secara tidak langsung, situasi itu akan memberikan kesan besar kepada hasil Kerajaan Negeri kerana hasil premium tanah menyumbang lebih 50 peratus daripada hasil Kerajaan Negeri iaitu sebanyak RM1.2 bilion tahun ini,” katanya.

Khusrin berkata, usaha mengutip tunggakan cukai tanah dan mengenal pasti punca hasil baharu akan dipertingkatkan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Jamuan Teh Diraja sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke 70, di Istana Alam Shah, di sini.

Katanya, langkah itu memastikan hasil Kerajaan Negeri sentiasa konsisten supaya projek pembangunan yang dirancang dalam Rancangan Malaysia ke 11 tidak terjejas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.