Categories
NASIONAL

OCBC: Inflasi meningkat, RM4.59 sedolar menjelang Disember

KUALA LUMPUR 23 JAN: OCBC Bank mengunjur pertumbuhan ekonomi negara tumbuh 4.7 peratus bagi 2016 lebih rendah berbanding pertumbuhan ekonomi 4.8 peratus pada tahun lalu.

Ketua Pakar Ekonomi OCBC Bank, Selena Ling, berkata Malaysia dijangka terus terpengaruh dengan faktor luaran seperti tahun lalu.

“Kami menjangka cerita sama untuk Malaysia tahun ini, ekonomi akan perlahan disebabkan kelemahan harga minyak, ketidaktentuan ekonomi dunia dan kelembapan ekonomi China,” katanya dipetik Astro Awani.

Krisis ekonomiKatanya, OCBC menjangka ringgit mungkin mencecah paras RM4.37 kepada dolar Amerika pada Mac 2016, diikuti RM4.44 pada Jun, RM4.51 September dan RM4.59 menjelang Disember.

Katanya, menjelang Disember, ia turut menjangka ringgit diniaga pada RM4.77 berbanding Euro, RM3.79 berbanding Yen dan RM3.12 berbanding dolar Australia.

Belaau berkata OCBC turut menjangka berlaku kenaikan inflasi disebabkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kenaikan kadar tol, kelemahan ringgit ke atas barangan diimport.

“Ringgit yang kekal rendah, bermakna akan ada inflasi yang ‘diimport’. ”

“Perniagaan yang meneroka pasaran baru di negara luar juga terdedah kepada turun naik ringgit dan ini menghapuskan banyak marjin keuntungan mereka,” kata Ling.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.