Categories
SELANGOR

Ancaman bom : Pelajar diarah kosongkan bangunan

PETALING JAYA, 23 JAN: Pelajar dan kakitangan sebuah universiti swasta di Petaling Jaya diarahkan mengosongkan bangunan terbabit susulan kebimbangan ancaman bom.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata kejadian kira-kira jam 10 pagi tadi itu diterima kakitangan universiti melalui panggilan telefon dari seorang lelaki yang memaklumkan perkara itu.

PDRMSusulan itu, katanya, sepasukan unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bergegas ke lokasi kejadian.

“Tiada sebarang objek disyaki ditemui dan kita masih menyiasat perkara ini,” katanya lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, semua pelajar dibenarkan masuk semula ke dalam bangunan itu sekitar pukul 2.15 petang.

Malaysia diletakkan pada tahap berjaga-jaga maksimun berikutan serangan pengganas di Jakarta minggu lalu.

Serangan di pusat membeli belah Sarinah Mall di kota Jakarta pada 14 Januari lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.