Categories
NASIONAL

Anwar saman Khairy diteruskan dengan perbicaraan

SHAH ALAM, 22 JAN: Kes saman fitnah dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan diteruskan dengan perbicaraan susulan gagal mencapai persetujuan melalui proses mediasi.

Perkara itu dimaklumkan peguam J Leela mewakili Anwar selepas kes disebut di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, S Nantha Balan hari ini dengan dihadiri peguam Sarah Abishegam, mewakili Khairy, lapor Bernama.

Anwar-Ibrahim-Khairy-JamaluddinLeela berkata, kes saman itu akan diteruskan dengan perbicaraan bermula 7 Mac dengan tarikh perbicaraan selanjutnya iaitu 8 dan 10 Mac dikekalkan.

Mahkamah juga menetapkan 19 Februari ini untuk pengurusan kes.

Pada 7 Mac, 2008 Anwar memfailkan saman terhadap Khairy menuntut ganti rugi RM100 juta kerana mendakwa Khairy, yang ketika itu naib Ketua Pemuda Umno memfitnahnya dalam satu ucapan di Lembah Pantai pada 20 Februari, 2008.

Anwar mendakwa klip video ucapan defendan bertajuk “Anwar and kin no threat” juga disebarkan dalam laman sesawang termasuk Malaysiakini.com.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.