Categories
SELANGOR

Dua SJKC terima sumbangan sekolah fasa kedua

Oleh : AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 13 JAN: Dua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) DUN Subang Jaya menerima bantuan persekolahan fasa kedua 2015.

SJKC Chee Wen yang diwakili Pengetua, Song Lian Gek menerima bantuan RM23,515 manakala SJKC Lick Heng diwakili Pengerusi PIBG, Lim Kok Sang menerima RM20,000.

_MG_8467Penyerahan cek sumbangan disempurnakan Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh di pejabatnya hari ini.

Katanya, sehingga kini terdapat tiga buah sekolah SJKC di Subang Jaya termasuk SJKC Tun Tan Cheng Lock.

“SJKC Chee Wen sebelum ini sudah menerima sumbangan RM50,000 sementara SJKC Lick Heng tidak menerima sumbangan.

“SKJC Tan Cheng Lock menerima sumbangan RM10,000 menerusi peruntukkan Adun,” katanya dalam sidang media.

Bagi Lian Gek, SJKC Chee Wen akan menggunakan peruntukan itu untuk menggantikan perabot yang rosak selain memasang langsir untuk mewujudkan pembelajaran selesa.

Tindakan sama juga akan diambil SJKC Lick Heng selain memberikan fokus untuk memohon bantuan penyelesaian banjir bagi 2016.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.