Categories
SELANGOR

JPK-SAM mula mesyuarat Jumaat depan

Oleh : AFIX REDZUAN

KELANA JAYA, 7 JAN: Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Air Mentah Selangor (JPK-SAM) akan memulakan mesyuarat pertama tahun ini pada 15 Januari, kata pengerusinya Yeo Bee Yin.

Beliau berkata, mesyuarat itu akan memfokuskan pembinaan dua loji takungan air seperti dimumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, jawatankuasa akan memantau perkembangan projek berkenaan termasuk urusan pemberian tander hingga projek disiapkan.

YB Yeo Bee Yin isu kolam takungan banjir (3)“Pembinaan itu penting untuk seluruh rakyat Selangor ekoran kita bakal berdepan krisis air jika ia gagal disiapkan dalam tempoh dua tahun.

“Jawatankuasa air bukan jawatankuasa eksekutif, maksudnya kita tidak terlibat dalam perancangan kerana ia tugas Kerajaan Negeri,” katanya kepada Selangor Kini.

November lalu, Mohamed Azmin mengumumkan peruntukan RM800 juta untuk membina dua loji rawatan air baharu di Labuhan Dagang, Kuala Langat dan Semenyih 2 bagi memastikan bekalan air mencukupi sehingga 2019.

Tindakan itu dibuat sebagai persediaan kemungkinan kelewatan projek Langat 2 yang difahamkan tertangguh sehingga 2019.

Projek Langat 2 sepatutnya siap sepenuhnya pada 2017.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.