Categories
SELANGOR

Kerja pembaikan paip bocor LRA Sungai Langat

SHAH ALAM 28 JAN: Kerja pembaikan paip bocor di dalam Loji Rawatan Air Sungai Langat dilaksanakan bermula hari jam 9 pagi sehingga jam 2 pagi, 29 Januari.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata semasa kerja pembaikan paip bocor dijalankan, loji rawatan air ini terus beroperasi tetapi bekalan air akan mengalami pengurangan sebanyak 60 peratus.

syabassKatanya, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami tekanan air rendah dan gangguan bekalan air.

“Pengguna di kawasan terlibat dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan.

“Segala usaha diambil menyiapkan kerja pembaikan dan penggantian paip secepat mungkin untuk pemulihan bekalan air lebih awal,” katanya dalam kenyataan media.

Untuk maklumat lebih lanjut, pengguna boleh muat turun aplikasi mySYABAS (melalui Google Playstore and Apple AppStore) atau melayari www.syabas.com.my; Facebook ‘puspel’ atau Twitter ‘puspel syabas’.

Sementara itu dalam kenyataan pada jam 3.45 petang hari ini memaklumkan kerja pembaikan paip bocor di dalam Loji Rawatan Air Sungai Langat telah berjaya disiapkan lebih awal dari masa yang dijangkakan.

Oleh yang demikian, tiada gangguan bekalan air di Kuala Lumpur dan Hulu Langat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.