Categories
NASIONAL

TPPA: Majlis Raja-Raja dipohon bersidang

SHAH ALAM 28 JAN: Majlis Raja-Raja Melayu diharapkan dapat bersidang untuk membincangkan isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) seterusnya menolaknya demi kesejahteraan masa depan negara.

Naib Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, berkata institusi itu adalah peluang terakhir untuk menyekat TPPA dilaksanakan.

TPPA“Tahniah dan terima kasih kepada ahli parlimen pembangkang yang secara lantang serta konsisten berhujah menentang perlaksanaan TPPA,” kata Fakhrulrazi dalam kenyataan media.

Katanya beliau kecewa dan sedih terhadap ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyokong perjanjian TPPA tanpa memikirkan kegusaran yang melanda masyarakat.

“Sikap ‘pak anggup’ ditunjukkan ahli parlimen BN melahirkan malapetaka besar bagi negara yang ketika ini dilanda pelbagai skandal.

“Igauan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan masih lagi terasa yang mana sebelum perlaksanaannya, kerajaan menyatakan ia tidak membebankan rakyat,” katanya.

Beliau berkata namun ketika ini adalah sebaliknya dengan hampir keseluruhan harga barangan dan perkhidmatan meningkat mendadak.

“Rakyat gusar episod tersebut berulang kembali selepas perjanjian TPPA ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.