Categories
NASIONAL

Kes denggi dijangka naik 50% ekoran El Nino

SHAH ALAM 12 JAN : Fenomena El Nino yang melanda negara ini boleh menyebabkan peningkatan kes denggi sehingga 50 peratus berikutan cuaca panas, kering dan suhu tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata fenomena itu dijangka berterusan sehingga Mac ini di seluruh negara, akan menyebabkan kitaran hidup nyamuk Aedes daripada telur ke peringkat nyamuk dewasa semakin singkat iaitu kurang dari tujuh hari, sekali gus menyebabkan populasi nyamuk meningkat.

DENGGI GRAFIK“Selain itu, suhu panas menyebabkan nyamuk lebih aktif dan frekuensi menggigit mangsa adalah tinggi selain penyebaran virus lebih meluas.

“Situasi akibat fenomena El Nino memberi kesan tabiat vektor dan masyarakat, dan pada tahun ini, ia dijangka berupaya menyebabkan peningkat kes denggi sehingga 50 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya fenomena El Nino menyebabkan hujan berkurangan dan isu bekalan air berlaku, yang memaksa masyarakat menakung air bagi menampung bekalan air harian.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya memastikan tiada pembiakan Aedes di kawasan mereka.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.