Categories
SELANGOR

LZS nafi maklumat viral palsu bantuan umum pelajaran

SHAH ALAM, 11 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menafikan maklumat berkenaan bantuan RM400 diberikan kepada ibu bapa mempunyai tiga anak bersekolah pada tahun ini, seperti tersebar dan menjadi viral melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook sejak awal Januari.

LZS dalam kenyataan media menyatakan selain bantuan pendidikan kepada asnaf fakir dan miskin, LZS menyediakan bantuan umum pelajaran (BUP) di bawah asnaf fisabilillah.

LZS ZAKATKatanya, permohonan bantuan tersebut terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam, lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang dari tiga tahun.

“Ia merupakan sumbangan bagi meringankan beban kewangan ditanggung pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara serta ibubapa atau penjaga yang membiayai persekolahan anak-anak mereka setiap tahun,” katanya.

Jelas LZS, permohonan tertakluk kepada garis panduan dan syarat kelayakan ditetapkan.

Pemohon boleh memohon bantuan tersebut pada bulan Januari hingga Mac bagi pelajar pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar IPT.

Palsu LZSManakala permohonan pada bulan Julai hingga September hanya dibuka bagi pelajar IPT sahaja.

“Walau bagaimanapun, permohonan BUP bagi pelajar tahun pertama di IPT dibuka sepanjang tahun. Pemohon hanya boleh memohon sekali dalam tempoh setahun,” katanya.

Sehubungan dengan itu, LZS memohon semua pihak agar tidak terus menyebarkan maklumat yang diviralkan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi Talian Zakat
Selangor 1-800-88-5353 atau layari laman web www.zakatselangor.com.my dan facebook LembagaZakatSelangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.