Categories
SELANGOR

Larian Malam Shah Alam 15 Januari

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan di sekitar Shah Alam Sempena Larian Shah Alam Night Run 2016 yang berlangsung pada 15 hingga 17 Januari ini.

Antara jalan ditutup antaranya Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan) iaitu pada 15 hingga 17 Januari mulai 8 malam hingga selesai.

MBSASelain itu, pada 16 dan 17 Januari mulai jam 8 malam (Sabtu) hingga 7 pagi (Ahad) di sebahagian Jalan persiaran Damai ke Persiaran Dato’ Menteri seterusnya ke Persiaran Kayangan hingga Persiaran Selangor.

Shah Alam 21KM Night Run 2016 itu dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Para Selangor.

Orang ramai yang berminat menyertai larian itu boleh menghubungi urusetia di 019 5541 902/ 03 51033888.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.