Categories
SELANGOR

MB: Keputusan vape ambil kira pandangan semua

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PUCHONG, 11 JAN: Kerajaan Selangor mengambil kira pelbagai aspek daripada semua pihak terlibat sebelum membuat sebarang keputusan berhubung isu vape, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Kata Mohamed Azmin, beliau sudah mengarahkan supaya Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi bertemu dengan pihak Kementerian Kesihatan, pengusaha atau pembekal vape dan belia.

VAPE“Kita sedang berbincang. Dr Daroyah akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkenaan termasuk pihak Kementerian Kesihatan, belia dan juga pengusaha atau pembekal vape untuk melihat dalam konteks kesihatan.

“Bagaimanapun keputusan muktamad hanya dibuat selepas mendengar dan mendapat maklumat daripada Kementerian Kesihatan khususnya. Keputusan akan dibuat dalam bulan ini,” kata Mohamed Azmin pada 8 Januari lalu.

Terdahulu, beberapa negeri mengambil keputusan mengharamkan penjualan vape yang diantaranya, Johor, Melaka, Terengganu,

Kerajaan Terengganu yang turut mengharamkan penjualan vape memutuskan memberi tempoh sehingga Jun ini untuk para peniaga vape menghabiskan stok yang mereka ada.

Manakala Negeri Sembilan pula, walaupun membenarkan penjualan vape tetapi mengisyitiharkan penggunaan vape adalah haram bagi umat Islam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.