Categories
SELANGOR

MB: Pembaca SelangorKini lebih tumpu isu dasar bukti rakyat matang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 JAN: Pembaca portal berita rasmi Kerajaan Negeri, SelangorKini lebih cenderung menumpukan isu dasar melibatkan kepentingan rakyat berbanding isu politik.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keadaan ini membuktikan kematangan rakyat dan mendorong Kerajaan Negeri memastikan dasar atau program dilaksanakan sampai ke golongan sasaran.

Skini“Kita harus ingat rakyat hari ini adalah cukup matang apabila mempunyai latar belakang pendidikan cukup baik dan mereka lebih berminat membincangkan isu pembangunan dan isu dasar yang akhirnya dapat membangunkan negeri.

“Dalam perbincangan dan mesyuarat, ditegaskan pada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya bertanggungjawab memikul amanah dengan menggubal dasar kepedulian rakyat dan diputuskan memberi manfaat kepada rakyat,” kata Mohamed Azmin kepada SelangorKini.

Mohamed Azmin mengulangi tekad beliau dan barisan kepimpinan negeri supaya tradisi dan prinsip kepedulian rakyat dipertahankan bagi memastikan rakyat mendapat pembelaan adil sekaligus memakmurkan negeri.

“Baru-baru ini kita menyedari hal ini dan membentuk satu unit penyampaian supaya dasar diputuskan, program dilaksanakan dapat ke kumpulan dasar sehingga ke desa,” kata Mohamed Azmin.

Sepanjang 2015, SelangorKini mendapati pembaca portal berita SelangorKini bagi segmen berita Selangor lebih menumpukan isu dasar dan program Kerajaan Negeri berbanding isu-isu lain termasuk politik.

Analisis dibuat berdasarkan berita dikongsi sebanyak 50 kali dan lebih di akaun media sosial facebook masing-masing secara terus daripada portal SelangorKini bermula 1 Januari hingga 31 Disemberi 2015.

Antara paling mendapat tempat, berita berkaitan isu perumahan khususnya melibatkan projek Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri, Rumah Selangorku yang dikongsikan secara terus sebanyak 4,341.

Sementara itu, bagi isu melibatkan pendidikan dan agama pula dikongsi sebanyak 1,124 dan bantuan kemanusiaan banjir sebanyak 1,264 dan isu air pula 905 kali.

Selain itu, berita yang turut mendapat tempat di hati pembaca SelangorKini pada sepanjang 2015 adalah isu kemanusiaan, sukan, lawatan Menteri Besar dan lain-lain.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.