Categories
SELANGOR

MBPJ kemuka cadangan sistem PRT ganti KIDEX

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 29 JAN: Sistem ‘Personal Rapid Transit (PRT) yang terkandung dalam pelan induk pengangkutan awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri menjelang Februari ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Kim, berkata ia adalah cadangan bagi menggantikan projek pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang ditolak Kerajaan Negeri sebelum ini.

teng 1“Dalam laporan pelan induk ini terdapat cadangan menggunakan laluan asal bagi pembinaan lebuh raya KIDEX.

“Maka, sistem dicadangkan ini dikenali PRT iaitu penggunaan pengangkutan awam seperti bas atau pengangkutan lain yang akan difikirkan kelak,” katanya dalam sidang media ketika dialog pelan induk pengangkutan awam di MBPJ di sini, malam tadi.

Beliau berkata, berikutan penolakan terhadap projek pembinaan lebuh raya terbabit, maka insiatif lain perlu diambil bagi menggantikannya.

Katanya, cadangan projek itu akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri bagi mendapatkan sokongan dan kelulusannya.

“Memang kita juga perlu mengemukakan cadangan ini kepada Kerajaan Persekutuan, maka kita berharap Ahli Parlimen kita akan menyokongnya dalam sesi perbahasan di Parlimen.

“Dalam tempoh proses ini juga kita menjalankan sesi penerangan kepada semua jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan lain-lain,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri juga melantik perunding bebas bagi tujuan itu supaya tidak timbul isu berbangkit berkenaan politik.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.