Categories
SELANGOR

MDKS ambil tindakan penjaja langgar peraturan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 3 JAN: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengambil tindakan menyita beberapa penjaja makanan selepas mengabaikan empat notis larangan yang dikeluarkan tujuh Oktober lalu.

Menurut setiausah MDKS, Azahari Sairin, berkata MDKS terpaksa mengambil tindakan terhadap penjaja makanan di kawasan tempat letak kereta dan bahu jalan di hadapan sebuah pasar raya di Kuala Selangor.

logo-mdks“Tindakan menyita meja dan kerusi dilaksanakan di bawah Undang-Undang Kecil 42 (1) Undang-Undang Kecil Penjaja MDKS 2007 kerana melakukan kesalahan tidak mengikut syarat.

“Sikap peniaga yang ingkar kepada arahan tersebut menyalahi konsep asal tapak penjaja ini diwujudkan yang mana melarang sama sekali meletakkan meja dan kerusi untuk pelanggan,” katanya.

Azahari berkata, syarat sama juga dinyatakan sebelum permohonan lesen dikeluarkan kepada peniaga iaitu melarang sama sekali meletakkan meja dan kerusi untuk pelanggan makan dan minum di tapak penjaja.

“Peniaga perlu mematuhi segala syarat dan peraturan untuk memudahkan kerja pembersihan bagi mengelakkan kesesakan trafik semasa waktu puncak.

“Tindakan itu diambil bagi memastikan peniaga di bawah seliaan MDKS mematuhi syarat perniagaan yang ditetapkan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.