Categories
NASIONAL

Kerajaan patut percepat proses pertukaran guru

OLEH: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 JAN: Kerajaan Persekutuan sepatutnya menetapkan tempoh lebih singkat bagi mempercepat proses permohonan pertukaran guru supaya mereka boleh bertugas dan tinggal bersama pasangan.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, perkara itu penting memandangkan ia sudah lama dibincangkan bahkan memerlukan sistem yang baik untuk mengatasinya

hari guru halimah 16 mei 01“Perkara itu perlu dibuat dengan lebih sistematik supaya guru yang berjauhan dengan pasangan boleh dielakkan.

“Isu ini sudah lama tidak diselesaikan namun kita berharap dengan langkah yang sudah diambil ia dapat diselesaikan secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan, bahawa lebih 2,000 sudah disatukan bersama pasangan selepas berpisah atas tuntutan kerja.

Jelas Tian Chua, beliau mencadangkan supaya tempoh tiga bulan diberikan untuk proses pertukaran supaya suasana kerja dan kehidupan mereka lebih seimbang.

Mengulas perkara sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata beliau menyambut baik langkah yang dibuat Kementerian Pendidikan dan berharap ia diteruskan.

“Disebalik tugas guru mendidik pelajar, kehidupan mereka yang perlu mendidik anak-anak dan menjaga keluarga juga haruslah dipertimbangkan serta diurus dengan baik,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.