Categories
SELANGOR

MDKS perindah kawasan ‘hotspot’ sampah haram

KUALA SELANGOR 17 JAN: Kawasan ‘hotspot’ sampah haram di daerah ini diperindahkan melalui kaedah landskap ceria

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin, berkata beberapa cadangan dibentangkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MDKS melalui kertas makluman untuk pertimbangan.

Katanya, cadangan dibangkitkan Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan itu melibatkan Jabatan Landskap MDKS dan Jabatan Kejuruteraan MDKS bagi membantu menceriakan lagi kawasan ‘hotspot’.

MDKS12“Penguatkuasaan dipertingkatkan di bawah Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDKS) 2007 seiring jalinan kerjasama penduduk melalui kempen kesedaran.

“Bukan saja ikatan silaturahim dapat dipererat melalui ‘networking’ dan ‘linkages’ antara jabatan dengan jawatankuasa penduduk tetapi dapat mewujudkan persekitaran yang bersih,” katanya dipetik Sinar Harian.

Azahari berkata, MDKS juga menawarkan sewaan tong roro kepada individu atau syarikat yang mahu membuang sampah pukal atau kebun dengan harga RM250.

“Selain itu, Jabatan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MDKS juga membina kebuk sampah lebih teratur di Jalan Kubur Ijok dan Jalan Bagan Pasir Tanjong Karang dengan papan tanda kesedaran alam sekitar.

“Manakala pembinaan kebuk sampah yang dicadangkan di Jalan Bagan Sungai Sembilang masih dalam tindakan dan kerja landskap dibuat terlebih dahulu di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MDKS juga meletakkan papan tanda larangan membuang sampah dengan denda sehingga RM1,000 di beberapa lokasi yang dikenal pasti.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.