Categories
NASIONAL

Najib dan Razak: Makin dicari persamaan, makin ketara perbezaan

SHAH ALAM 17 JAN: Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan bapanya menunjukkan jurang dan perbezaan yang semakin ketara antara kedua-duanya.

Penganalisis Politik, Shahbuddin Husin, berkata banyak aspek perbezaan antara “anak dengan bapa” yang disingkap dalam seminar sempena 40 tahun pemergian Bapa Pembangunan itu baru-baru ini.

Najib RazakKatanya mereka yang pernah bekerja dan mengenali Tun Razak lagi banyak ceritanya.

“Berbual-bual dengan mereka, tanpa ragu-ragu, terbuka dan lantang pasti akan terpacul suara, “langsung tak sama.”

“Antara DEB dan 1MDB saja sudah cukup menunjukkan bezanya bagaikan langit dengan bumi antara Tun Razak dengan Najib,” kata Shahbuddin di laman blognya.

Katanya, hari ini jangkaan Tun Razak dengan tidak menggalakkan Najib menceburi politik, semuanya sudah menjadi nyata dan terbentang di depan mata kita.

“Meskipun berjaya menjadi Perdana Menteri, Najib lebih banyak membawa “sengsara” berbanding “bahagia” sedangkan memberi kebahagiaan kepada rakyat dan negara itulah pegangan asas bapanya.

“Masihkah kita mahu terus mengekalkannya lagi?,” soal beliau.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.