Categories
NASIONAL

Orang ramai disaran jaga kesihatan ekoran cuaca panas

SHAH ALAM 11 JAN : Cuaca panas dan kering yang berpanjangan boleh menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menasihatkan orang ramai bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca itu.

Suhu-panas-eksterm-416x250“Cuaca panas terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu tersebut mudah berasa letih dan kurang bertenaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata musim kering berpanjangan boleh menyebabkan beberapa masalah seperti krisis bekalan air, cuaca panas, kebakaran hutan dan jerebu dan berisiko menimbulkan beberapa penyakit berkaitan masalah tersebut.

Antara penyakit berkaitan ialah kejadian penyakit bawaan air dan makanan, penyakit bawaan vektor seperti demam denggi dan penyakit berkaitan jerebu iaitu jangkitan pada saluran atas pernafasan (URTI), asma dan konjunktivitis.

“Kanak-kanak dan warga emas adalah antara mereka yang paling berisiko mendapat penyakit ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.