Categories
SELANGOR

Pemain dan jersi baru Selangor diperkenal 6 Februari

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 20 JAN: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan mengadakan program memperkenalkan pemain dan pengurusan pasukan pada 6 Februari depan di SACC Mall, di sini.

Pengurus Selangor, Amirudin Shari, berkata FAS juga akan melancarkan jersi baru The Red Giants yang mendapat tajaan Lotto pada hari sama.

pc bola 1“Kita menjemput semua peminat dan penyokong setia pasukan Selangor Darul Ehsan untuk memeriahkan program ini dan berpeluang beramah mesra dengan pemain kesayangan mereka,” katanya dalam sidang media di Dewan Annex, SUK, hari ini.

Pada masa sama, Amirudin berkata, pihaknya akan mengumumkan penaja pasukan Selangor yang sedang dikemaskini pada peringkat akhir.

“FAS mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi daripada seluruh penyokong kami walaupun terkait beberapa isu sejak awal tahun ini,” katanya.

Terdahulu, FAS mengumumkan baki pemain senarai pemain skuad Liga Super Selangor musim 2016.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.