Categories
SELANGOR

Selangor umum baki pemain skuad Red Giants

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 20 JAN: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hari ini mengumumkan baki senarai pemain skuad Liga Super Selangor musim 2016 di Dewan Annex, SUK, di sini.

Pengurus pasukan, Amirudin Shari, berkata pemain itu adalah Mauro Andres Olivi dari Argentina, Md Zarif Irfan Hashimuddin (Air Asia All Star FC) dan Adam Nor Azlin (pemain Harimau Muda B).

yb amir markshort-web 7Katanya, kesemua pemain sudah mengikuti latihan pramusim 2016 yang berlangsung sejak 5 Januari lalu.

“Kami turut mengalu-alukan penyertaan Patrick Ronaldinho Wleh yang sebelum ini disebut sebagai pemain import ketiga Selangor.

“Patrick menyertai Selangor dari PKNS FC sebagai pemain pinjaman untuk musim 2016,” katanya dalam sidang media,

Pada masa sama, Amirudin berkata, pengurusan FAS turut mengaturkan siri perlawanan persahabatan bagi mempersiapkan pasukan menghadapi permulaan musim 2016 yang lebih mencabar.

_20160120_171655Katanya, perlawanan pertama bertemu Sarawak berlangsung semalam, manakala perlawanan lain adalah menentang Kuala Lumpur pada 25 Januari di Stadium Selayang dan Pulau Pinang pada 29 Januari di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

“Skuad Selangor akan terbang ke Thailand bagi beberapa perlawanan persahabatan serta bertemu Nakhon Pathum United FC jam 6.00 petang waktu tempatan pada 31 Januari di Stadium Nakhon Pathum.

“Pasukan kemudiannya akan bertemu Samut Songkhram BTU FC jam 4.00 petang waktu tempatan pada 1 Februari juga di Stadium Samut Songkhram,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.