Categories
SELANGOR

PKNS bakal lancar ‘Azhara’ 31 Januari ini

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 JAN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melancarkan rumah berkembar dua tingkat baru digelar Azhara pada 31 Januari ini di Galeri Jualan Antara Gapi, Serendah, Rawang.

Projek dibangunkan perbadanan itu menawarkan 146 unit eksklusif berkeluasan 2,714 kaki persegi (kps) dan 2,796 kps ditawarkan pada harga bermula RM776,550 sehingga RM838,476.

ishak hashimPengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata Azhara bercorak rekaan moden dan kontemporari bakal melengkapkan kehidupan dalam persekitaran selesa dan damai kepada pembeli PKNS.

Katanya, projek ditawarkan itu adalah kediaman ideal berinspirasikan gaya hidup urban yang memaparkan seni bina mengikut trend semasa dengan rekaan moden dan praktikal.

“Azahra bermaksud bunga mekar sinonim dengan pepatah ‘kehidupan ibarat sekuntum bunga’- indah cantik dan membesar disisi keluarga.

“Rebutlah peluang untuk memiliki kediaman impian ini yang menawarkan kehidupan selesa serta kondusif untuk ke puncak kesempurnaan dalam kehidupan,” katanya.

146 unit Azhara di Antara Gapi_2Azhara terletak di lokasi strategik dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti Stesen Komuter Serendah, Pasaraya Giant serta memiliki akses mudah melalui Lebuhraya Utara Selatan.

Selain itu Azhara yang terletak di Antara Gapi hanya 12 kilometer (KM) dari pekan Rawang dan 30 minit perjalanan ke Kuala Lumpur.

“Azhara sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin membeli hartanah di Lembah Klang sama ada untuk diduduki atau sebagai suatu bentuk pelaburan kerana ia memenuhi keperluan sasaran pelbagai pasaran pengguna,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.