Categories
NASIONAL

El Nino berterusan hingga Mac ini

SHAH ALAM, 29 JAN: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan banyakkan minum air bagi mengelakkan hidrasi ekoran cuaca panas melanda negara ketika ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail, berkata cuaca panas melanda negara sejak awal Januari ini dijangka berterusan sehingga Mac ekoran fenomena El Nino.

Datuk-Che-Gayah-Ismail_300Katanya, fenomena itu juga menyebabkan negara tidak dilanda banjir besar semasa musim tengkujuh baru-baru ini seperti mana musim tengkujuh sebelum ini.

“Pada kebiasaannya, keadaan cuaca pada bulan Disember adalah lebih lembap, namun aktiviti monsun yang membawa luruan udara sejuk dari benua China dan Siberia berkurangan menyebabkan kurangnya curahan hujan di negara ini,” katanya memetik Bernama.

Fenomena El Nino kuat ini dijangka boleh menyebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20 peratus hingga 60 peratus dan kenaikan suhu sekitar 0.5 °C hingga 2.0°C berbanding biasa.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.