Categories
SELANGOR

Tiada perubahan Belanjawan MPSepang

SHAH ALAM 27 JAN: Tiada sebarang pengubahsuaian kepada Belanjawan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bagi 2016 berikutan majlis perbandaran itu tidak terlibat dengan Bajet Persekutuan.

Yang Dipertua MPSepang, Datuk Puasa Md Taib berkata, tiada sebarang perubahan dibuat terhadap bajet dengan tema ’Bajet Mampan Rakyat Sejahtera’ itu.

logo majlis perbandaran sepang“Kita kekal dengan bajet diputus sebelum ini, tiada perubahan kerana kita tidak terlibat dengan persekutuan.

“Berapa peruntukan yang dicari MPSepang itulah yang akan kita dibelanjakan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Sebelum ini MPSepang menganggarkan mengutip hasil dan pendapatan sebanyak RM128 juta tahun ini.

Sebahagian besar daripada jumlah itu diperuntukkan untuk kerja perkhidmatan pelupusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pembersihan parit monsoon.

Sebanyak RM 29.6 juta diperuntukkan untuk kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal. Kira-kira 23 peratus lagi digunakan bagi pembayaran gaji dan elaun kakitangan majlis.

Manakala baki selebihnya katanya, sebanyak 54 peratus bakal digunakan bagi membiayai kos penyelenggaraan, pembangunan majlis, aset, program kemasyarakatan, bekalan dan lain-lain perkhidmatan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.