Categories
SELANGOR

Tragedi lori hantu: Buruh binaan direman tujuh hari

KAJANG 15 JAN: Seorang buruh binaan warga Indonesia ditahan reman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes dua pelajar maut dirempuh van yang dilanggar lori tanpa pemandu di hadapan sebuah sekolah di Kajang semalam.

Pendaftar Mahkamah Majistret Kajang Sharifah Fazilah Zulkifli mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berumur 39 tahun itu.

12439047_10153326910766762_4440508701875998907_nBERNAMA melaporkan lelaki berkenaan tiba di mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Dalam kejadian pada jam 12.50 tengah hari semalam, lori tanpa pemandu itu menggelongsor menuruni bukit selepas lima minit diletakkan di kawasan itu setelah pemandunya dikatakan meninggalkan lori berkenaan untuk makan tengah hari di kawasan berdekatan.

12509080_10153326910961762_8696099798458939233_nLori berkenaan melanggar van tanpa pemandu yang diletakkan di bahu jalan, dua buah kereta serta 34 motosikal yang berada di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damai Perdana dekat Kajang, mengakibatkan dua pelajar maut dan seorang penjaja cedera.

Dua pelajar yang maut dikenali sebagai Lau Zi Xin dan Wong Siow Xuen, kedua-duanya berumur 13 tahun.

FOTO: BOMBA DAN PENYELAMAT

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.