Categories
SELANGOR

3K pupuk intergrasi rakyat ke arah ‘Smart Selangor’

Oleh: ERMIZI MUHAMAD

SABAK BERNAM, 27 FEB: Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) adalah sebahagian daripada tanggungjawab Kerajaan Negeri dalam memastikan masyarakat mendapat manfaat gagasan ‘Smart Selangor’.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata program itu menggunakan pendekatan integrasi untuk diperluaskan ke seluruh negeri bagi menzahirkan rancangan Kerajaan Selangor.

YUNUS HAIRI“Fokus kepedulian seiring dalam gagasan dibawa Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali itu ditujukan kepada rakyat yang mana saya kira sebagai sebahagian tanggungjawab bersama tidak kiralah di peringkat kepimpinan negeri, kampung atau organisasi.

“Ia turut membawa mesej jelas dalam usaha kita membangunkan umat Islam ke arah pembinaan negara baik mengikut acuan diajar walaupun (wujud) kepelbagaian anutan kaum dan agama,” katanya ketika merasmikan karnival itu di Masjid Ijtimai’ Kampung Tebuk Pulai dekat sini, malam tadi.

Dianggarkan lebih 300 hadirin memeriahkan karnival selama dua hari itu yang turut disertai Aduk Sabak, Sallehen Mukhyi.

Karnival yang mendapat kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu turut dimeriahkan dengan penyertaan beberapa agensi Merakyatkan Ekokomi Selangor (MES).

Sementara itu, Sallehen berkata, pelaksanaan karnival sedemikian penting sebagai medium penyatuan ummah membabitkan kepimpinan negeri dan masyarakat.

“Program ransangan sangat penting bukan sekadar untuk menggabungkan seluruh masyarakat bagi pembinaan kehidupan damai dan harmoni, tetapi juga boleh memberikan keberkatan kepada kita untuk melahirkan masyarakat berilmu,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.