Karnival 3K beri penekanan konsep Maqasid Syariah


Karnival Kampungku Kesayanganku (Karnival 3K) 2016 memberikan penekanan pelaksanaan Maqasid Syariah selaras dengan titah DYMM Sultan Selangor.

Categories
SELANGOR

3K pupuk intergrasi rakyat ke arah ‘Smart Selangor’

Oleh: ERMIZI MUHAMAD

SABAK BERNAM, 27 FEB: Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) adalah sebahagian daripada tanggungjawab Kerajaan Negeri dalam memastikan masyarakat mendapat manfaat gagasan ‘Smart Selangor’.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata program itu menggunakan pendekatan integrasi untuk diperluaskan ke seluruh negeri bagi menzahirkan rancangan Kerajaan Selangor.

YUNUS HAIRI“Fokus kepedulian seiring dalam gagasan dibawa Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali itu ditujukan kepada rakyat yang mana saya kira sebagai sebahagian tanggungjawab bersama tidak kiralah di peringkat kepimpinan negeri, kampung atau organisasi.

“Ia turut membawa mesej jelas dalam usaha kita membangunkan umat Islam ke arah pembinaan negara baik mengikut acuan diajar walaupun (wujud) kepelbagaian anutan kaum dan agama,” katanya ketika merasmikan karnival itu di Masjid Ijtimai’ Kampung Tebuk Pulai dekat sini, malam tadi.

Dianggarkan lebih 300 hadirin memeriahkan karnival selama dua hari itu yang turut disertai Aduk Sabak, Sallehen Mukhyi.

Karnival yang mendapat kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu turut dimeriahkan dengan penyertaan beberapa agensi Merakyatkan Ekokomi Selangor (MES).

Sementara itu, Sallehen berkata, pelaksanaan karnival sedemikian penting sebagai medium penyatuan ummah membabitkan kepimpinan negeri dan masyarakat.

“Program ransangan sangat penting bukan sekadar untuk menggabungkan seluruh masyarakat bagi pembinaan kehidupan damai dan harmoni, tetapi juga boleh memberikan keberkatan kepada kita untuk melahirkan masyarakat berilmu,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Kampung Bukit Kapar gondol RM65,000 juarai kampung terbaik

Oleh: NAZLI IBRAHIM

HULU SELANGOR, 5 DIS: Berkat permuafakatan kukuh sesama penduduk, Kampung Bukit Kapar, Klang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan RM50,000 lagi dalam bentuk geran pembangunan selepas dinobatkan sebagai kampung tradisi terbaik peringkat negeri malam tadi.

Ketua Kampung, Marshadan Mohsin percaya pelbagai kegiatan bermanfaat dianjurkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) antara penyebab kampungnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Marshadan Mohsin“Selain muafakat, kampung kami juga aktif pelbagai aktiviti seperti silat, kompang, muzik tradisional untuk semua lapisan umur.

“Kami juga jalankan kegiatan usahawan dan kegiatan ekonomi lain di kampung kami,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas menerima hadiah pada Majlis Perasmian Karnival Kampungku Kesayanganku di Masjid Ar-Rahman, Hulu Bernam di sini, malam tadi.

KAMPUNG TERBAIKHadiah disampaikan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Tempat kedua dimenangi Kampung Sijangkang dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan Kampung Bukit Kerayong di tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah RM7,000.

Karnival Kampungku Kesayanganku (KKK) yang dirasmikan Dr Ahmad Yunus malam tadi merupakan karnival terakhir bagi tahun ini.

Selain penyampaian hadiah bagi kampung tradisi terbaik, pelbagai progam lain turut diadakan pada program dua hari itu seperti pameran, ruang niaga, program berkhatan dan pelbagai persembahan selebriti terkenal Eliza Helmi AF dan Da’i Hamidah.

-nR-

3K perhebat penglibatan masyarakat dalam pembangunan kampung

Penglibatan masyarakat dalam pembangunan kampung diperhebat melalui Karnival Kampungku Kesayanganku atau 3K.

Categories
SELANGOR

Karnival 3k kembali lagi dengan pelbagai acara menarik

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 5 SEP: Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) kembali lagi dengan penganjuran pelbagai aktiviti keagamaan, kesenian, tradisional dan sukan di daerah Petaling pada 11 hingga 12 September depan.

Karnival dua hari di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buluh itu turut memuatkan program keusahawanan, kesukarelaan dan kemasyarakatan .

3K PETALINGLebih menarik lagi, turut disediakan perkhidmatan percuma bagi pertukaran minyak hitam motosikal, rawatan muka dan dandanan rambut wanita.

Ia dijadualkan berlangsung jam 10.30 pagi bermula dengan lawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program.

3K diwujudkan bagi melahirkan keluarga harmoni berlandaskan acuan nilai agama.

Penganjurannya juga bertujuan memperkasa institusi masjid disamping mengetengahkan warisan adat melayu kepada golongan belia.

-NR-