Categories
SELANGOR

ADN Gombak Setia santuni pemuda bermain futsal

GOMBAK 20 FEB: Kesibukan tugas sebagai wakil rakyat bukan penghalang Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan meluangkan masa bermain futsal dengan anak muda DUN Gombak Setia di Pusat Sukan KSL Sri Gombak.

Perlawanan persahabatan futsal itu antara pemuda dari DUN Gombak Setia melawan ‘Otai’ berumur atas 40 tahun.

072Hasbullah berkata, program sukan adalah salah satu cabang dakwah yang sangat bagus untuk diterokai bagi mendekati golongan anak muda.

Katanya tempat sukan juga antara tempat yang sentiasa dipenuhi oleh golongan anak muda.

Turut hadir bersama Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak,Dr Mohd Nor Hussin yang turut memeriah majlis.

Program futsal itu diadakan selepas Isyak hingga lewat jam 12 malam.

Muhammad Ali yang mewakili pemuda DUN Gombak Setia berkata, beliau turut berbangga mempunyai wakil rakyat yang begitu prihatin kepada anak muda dan tidak kekok untuk bermain dengan belia walaupun mempunyai jadual yang begitu padat.

Dalam program itu, kedua-dua pihak bertukar-tukar cenderahati tanda ingatan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.